Ads Top

4 Kelemahan Biasa Pada Resume Yang Menyebabkan Majikan Reject!


Penulisan resume yang baik adalah sangat penting untuk memberikan pandangan pertama diri anda kepada majikan. Jika resume pun majikan dah tak berminat, pastinya tiada peluang untuk anda menghadiri sesi interview. 

Artikel kali ini akan membincangkan 4 kelemahan pada resume pemohon yang menyebabkan resume anda akan direject serta merta.

Resume tidak di PDF kan

Nampak seperti benda yang remeh, tetapi inilah yang berlaku. Pastikan resume yang anda hantar mesti dalam bentu PDF. Ini adalah penting untuk memastikan dokumen yang anda hantar tidak boleh diubah oleh sesiapa pun. 

Jika anda menggunakan Microsoft Word versi 2013 dan ke atas, anda boleh terus 'Save As' PDF untuk resume yang anda tulis. 


Utamakan yang Utama

Susun atur maklumat dalam resume anda juga perlu diambil kira. Pastikan susunan maklumat dalam resume anda mengikut keutamaan. Jangan tulis resume tonggang terbalik dan menyebabkan bakal majikan anda pening untuk memahami semua maklumat yang anda tulis dalam resume. 


Tak perlu letak objektif

Semua orang tahu yang tujuan anda menulis resume adalah untuk mencari pekerjaan. Jadi anda tidak perlu untuk menulis objektif resume anda kerana ada sebahagian majikan yang rasa iaiya tidak perlu dan merupakan satu pembaziran ruang.


Ringkas dan padat

Pastikan resume yang anda tulis tidak terlalu panjang gunakan ruangan pada resume anda semaksimum mungkin. Jangan sesekali biarkan ruangan kosong yang tidak sepatutnya pada resume anda. 

Semua perkara di atas nampak ringkas, tetapi inilah masalah utama yang kerap kali dilakukan semasa menghantar resume kepada bakal majikan. Pastikan anda bukanlah antara mereka yang melakukan kesilapan-kesilapan biasa pada resume ini.
Powered by Blogger.