Ads Top

Cara Menjawab Soalan MAUT Semasa Temuduga

3 Women in Suit Sitting

Setiap kali menghadiri temuduga pasti ada satu soalan yang anda mungkin tidak diketahui jawapan terbaik untuk soalan tersebut. Ia akan sentiasa menghantui fikiran selama beberapa jangka waktu. Membuat kita terus-terusan bertanya kepada orang lain cara mereka menjawab soalan itu. 

Tidak ada cara untuk mengelak soalan sebegini ketika temuduga. Memang beginilah gaya penemuduga memberikan soalan.

Walaupun begitu,soalan sebegini perlu dijawab dengan yakin supaya fikiran menjadi tenang sepanjang menunggu panggilan susulan daripada mereka. 

Sekiranya soalan yang diberikan kepada anda adalah soalan KILLER, ia bukannya wajib dijawab serta-merta sebaik sahaja disoal. Temuduga bukannya ‘game show’ yang mana orang yang paling pantas merupakan pemenang. 

Sebaliknya, penemuduga menghargai masa yang diambil untuk memikirkan jawapan terbaik. Tidak perlu risau kerana senyap untuk beberapa ketika, semasa sesi temuduga adalah satu perkara yang normal. 

Sekiranya ditanya soalan yang memang tidak tahu jawapannya, minta sedikit masa untuk berfikir jawapan yang sesuai. Lebih baik ketika mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan, tidak perlu dijelaskan apa yang sedang dilakukan. 

Jika benar-benar tidak boleh memikirkan jawapan walaupun setelah puas memerah otak, tanyakan kepada penemuduga jika kita boleh datang semula untuk cuba sekali lagi menjawab soalan tersebut. 

Jangan fikir semuanya sudah berakhir jika sehingga tamat temuduga, kita masih belum berjaya menjawab soalan itu. 

Sekiranya anda diminta untuk datang temuduga kali ke dua. Sediakan diri anda dengan jawapan untuk soalan tersebut. Adakalanya, untuk temuduga kedua, penemuduga tidak bertanya pun soalan tersebut. Malah memberikan soalan yang lain. Walaupun penemuduga tidak bertanya semula soalan yang sama, bukan bermakna mereka tidak perasan bahawa masih ada soalan yang belum dijawab.

Cara terbaik ialah dengan menyebut semula tentang topik tersebut. Berterima kasih kepada penemuduga kerana memberi lebih masa dan peluang kedua untuk kita memberi jawapan yang terbaik.

Kesimpulannya, ketenangan semasa menjawab soalan MAUT ini amatlah penting untuk menampilkan sisi keyakinan diri anda kepada penemuduga.
Powered by Blogger.