Ads Top

7 Tips Memilih Pakaian untuk Interview Kerja Bagi Wanita

 Interview Kerja Bagi Wanita


Terdapat 7 tips yang perlu diberi perhatian dalam menjga penampilan untuk pergi menghadiri sesi interview kerja bagi para wanita. 7 perkara tersebut adalah:

1. Baju kurung 

Bukan sahaja baju kurung baju kebangsaan, malah, baju kurung menutup aurat, tak longgar serta kelihatan professional. Malahan jika anda bukan berbangsa Melayu sekalipun, berpakaian baju kurng akan menjadikan anda kelihatan lebih sopan dan professional. Bagi wanita yang bertudung, pakailah tudung yang formal. Tudung yang dianggap paling formal ialah tudung bawal. Shawl dan tudung yang kompleks tidak digalakkan sama sekali. Pemakaian shawl adalah tak berapa formal sebab kainnya yang jarang. Pakai tudung yang tidak terlalu berwarna warni dan tidak terlalu menonjol. 

2. Warna Baju

Tiada spesifik warna untuk menghadiri interview kerja (kecuali telah disyaratkan), apa yang penting pilih warna yang tidak terlalu menonjol. Antara warna yang sesuai ialah ungu gelap, putih,biru,coklat,kelabu,dan hijau gelap. Elakan warna merah, kuning, oren, merah jambu. 

3. Corak Baju

Kalau anda pakai baju kurung, pilihlah yang tidak ada corak ataupun corak yang tidak menonjol. Elakkan memakai pakaian yang bercorak terlalu padat. 

4. Jenis kain.

Elakkan kain yang jarang dan ketat. Kain yang jarang dan ketat boleh mengganggu orang lain dan para penemuduga. Selain itu, ia juga dapat memberikan imej yang buruk kepada orang yang ditemuduga.

5. Perfume 

Jangan pakain wangian yang terlalu menusuk deria bau. Disamping haram dipakai oleh wanita Islam sekiranya dipakai dengan bukan mahram kerana menarik perhatian, perfume akan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang yang nak menemuduga. Cukuplah dengan berbau segar dan pakai deodorant untuk mengelakkan badan berbau. 

6. Makeup 

Interview kerja biasanya tidak memandang make up anda. Tetapi jika make up anda terlalu menonjol, ia bukanlah sesuatu yang baik untuk peribadi anda. Cukup dengan makeup yang ringan dan kelihatan kemas. 

7. Kasut

Pakai kasut yang menutup jari-jari kaki. Ketinggian kasut pula adalah sederhana dan warna hitam adalah yang paling sesuai. Jangan sesekali memakain sandle atau selipar semasa menghadiri interview kerja.

Inilah 7 tips interview kerja dari segi pemakaian bagi para wanita. Pastikan penampilan anda adalah daya penarik pertama semasa menghadiri sesi temuduga.

Selamat berjaya!
Powered by Blogger.