6 Tip Memilih Pakaian untuk Interview Kerja bagi lelaki
Kebanyakan calon lelaki apabila menghadiri
temuduga masih belum faham kod etika pakaian untuk lelaki. Terutamanya dalam
pemilihan seluar. Calon masih tidak boleh membezakan antara seluar yang boleh dipakai
dan tidak semasa dalam temuduga.
Antara tip yang boleh digunakan ialah:
1. Jaket
Calon hendaklah memilih jaket yang berwarna
gelap seperti hitam dan biru gelap untuk memberi efek keseriusan pada
penampilan calon. Jika calon memakai jaket berwarna coklat, putih atau
warna-warna fesyen seperti merah, biru, hijau dan sebagainya boleh menyebabkan
calon kelihatan tidak serius seolah-olah hendak menghadiri majlis. Etikanya
disini dikecualikan jika calon memang hendak menghadiri temuduga dalam bidang
kreatif umumnya dan fashion designer,
atau fashion stylish khasnya . Ia memang sangat digalakkan untuk
berpenampilan sedemikian.
Pemilihan potongan gaya jaket juga perlu
diambil berat kerana terdapat jaket yang berwarna gelap tetapi potongannya
tidak sesuai untuk ke pejabat. Jaket tersebut hanya sesuai digunakan untuk
acara kasual yang tidak memerlukan calon untuk kelihatan serius.
Fabrik juga memainkan peranan dalam pemilihan
jaket. Terdapat fabrik jaket hanya sesuai digayakan untuk kelihatan kasual.
Selalunya, material yang digunakan daripada material kain lembut seperti
cotton, polyster dan sebagainya dan tida mempunyai lapisan seperti jaket khas
untuk ke pejabat iaitu lapisan untuk menahan daripada kesejukan pendingin
udara. Namun, jaket adalah pilihan untuk ke temuduga.
Jika calon tidak memiliki jaket cukup sekadar berkemeja dan bertali leher,
calon sudah boleh kelihatan hebat.
2. Kemeja
Potongan kemeja perlu sesuai denga potongan
badan calon. Potongan kemeja hedaklah tidak terlalu besar atau kecil apabila
dipakai oleh calon. Ini kerana calon akan kelihatan selekeh jika kemeja terlalu
besar atau kelihatan sendat dan sempit seperti bungkusan nangka jika calon
memakai baju yang kecil daripada potongan badan sebenar calon. Paling
dikhuatiri, calon akan mendapat persepsi negatif daripada penemuduga bahawa
anda tidak bersedia untuk hadir ke temuduga tersebut.
Warna kemeja juga hendaklah warna yang lembut
dan cerah serta tidak bercorak (plain) agar mudah disesuaikan dengan tali leher
yang akan dipakai. Warna yang disarankan adalah seperti biru laut/ muda dan
putih untuk mudah mempengaruhi kelembutan emosi kepada penemuduga. Mereka juga
manusia biasa yang boleh terganggu emosinya dengan pelbagai sebab.
3. Seluar slack
Terdapat 3 jenis potongan seluar dalam
pasaran. Ada yang double pleat, single pleat dan flat front (tiada lipatan
lisu) . Potongan seluar double pleat sesuai untuk mereka yang mempunyai perut
yang agak lebar. Manakala single pleat untuk mereka yang mempunyai bahagian
perut yang sederhana dan kecil. Mereka juga boleh memakai seluar flat front
tetapi ianya lebih sesuai digayakan dalam acara kasual.
Warna yang disarankan juga gelap berpadanan
dengan jaket yang digayakan. Fabrik seluar juga bukan daripada jeans, potongan
khakis atau kudroi. Ia merupakan
potongan dan fabrik yang tidak sesuai digayakan semasa dalam temuduga kerana
lbih bersifat acara kasual tidak bersifat korporat mahupun professional.
4. Stokin dan kasut
Warna stokin dan kasut perlu berpadanan dengan
seluar yang dipakai iaitu berwarna gelap. Potongan kasut hendaklah potongan
gaya professional bukan gaya untuk majlis makan malam atau untuk acara santai.
5. Tali Leher
Pemilihan tali leher tidak serumit jaket,
kemeja dan seluar. Pemilihan tali leher hanya dititikberatkan pada pemilihan
warna. Tali leher yang berpengaruh dicadangkan lebih gelap daripada warna
kemeja. Untuk kelihatan lebih hebat dan mempunyai karisma padankan kemeja putih
dengan tali leher berwarna merah. Penampilan calon bukan sahaja hebat malah
warna tersebut sendiri akan memberi efek kepada calon untuk lebih semangat dan
bertenaga dalam sesi temuduga.
6. Jam Tangan
Kesalahan yang biasa dilakukan oleh calon
lelaki ialah memakai jam tangan berupa sport yang tidak sesuai digayakan dengan
pakaian yang digayakan. Sport watch hanya sesuai digayakan dengan pakaian acara
santai atau kasual. Jika digayakan bersama st ia boleh mengurangkan kredebiliti
profesional dan korporat. Bukankah seperti ada yang tidak kena pada penampilan
itu?
ELAKKAN:
Memakai BEG SANDANG BELAKANG semasa menghadri
temuduga. Ia menyebabkan anda seolah-olah kelihatan masih seorang pelajar.
Penampilan tersebut juga boleh mengurangkan kredebiliti seorang professional.
Cara penampilan calon amat penting untuk memastikan calon benar-benar berkelayakan untuk jawatan yang ditawarkan dan memberi gambaran kepada penemuduga bahawa calon sudah besedia. Jadi berpakaianlah mengikut kod etika dan juga kelihatan professional supaya anda lebih berkeyakinan semasa interview kerja yang anda hadiri.