Ads Top

5 Persediaan Diri Menjawab Soalan Interview


Apabila mendapat panggilan untuk menghadiri temuduga, akan ada dua perasaan iaitu seronok dan bimbang. Seronok kerana resume anda sudah melepasi tahap yang pertama dalam proses mendapatkan pekerjaan. Perasaan bimbang pula kerana kini ada perlu melepasi sesi temuduga sebelum berjaya ke peringkat seterusnya. Hal ini tentulah paling dirasai oleh mereka yang baru menamatkan pengajian atau baru dalam bidang pekerjaan. Ini kerana mereka tidak tahu soalan apakah yang bakal diajukan oleh penemuduga. Pada masa ini, anda juga mula memikirkan tentang kelemahan diri anda. Oleh itu, berikut adalah 5 persediaan awal buat diri anda dalam menjawab soalan-soalan temuduga:

1. Dapatkan Maklumat

Perasaan bimbang, takut dan tidak yakin boleh diatasi dengan membuat persediaan awal seperti mendapatkan maklumat tentang syarikat. Anda juga boleh mendapatkan soalan-soalan yang bersesuaian dengan bidang yang anda ceburi di dalam internet selain bertanya kepada mereka yang pernah menghadiri temuduga atau mengendalikan temuduga. Ada pelbagai tips menjawab soalan temuduga yang anda akan temui. Ini akan memberikan anda idea tentang bagaimana keadaan di dalam bilik temuduga nanti. Persediaan awal juga membolehkan anda berasa lebih relaks semasa menghadiri temuduga.

2. Berfikiran Positif

Berfikir secara positif amat penting dalam menghadiri temuduga terutama bila anda diajukan soalan tentang kelemahan anda. Ini adalah langkah bakal majikan untuk melihat personaliti anda. Dari sisi anda sebagai calon temuduga pula, ia adalah peluang untuk anda menunjukkan diri anda yang cemerlang. Begitu juga, jika anda menyebut ‘kelemahan terbesar’ anda, ini seolah-olah anda memiliki beberapa kelemahan diri yang lain. Ini sudah pasti akan menimbulkan soalan “Apakah kelemahan anda seterusnya?” Oleh itu, sebaik-baiknya cuba kurangkan perkataan-perkataan negatif dalam jawapan anda kerana sifat negatif hanya akan menunjukkan yang anda seorang yang lemah. 

3. Yakin Anda Boleh Menjadi Lebih Baik

Kelemahan bukanlah suatu hal yang kekal. Malah, adakalanya apa yang anda fikirkan sebagai kelemahan mungkin sebenarnya bukanlah satu kelemahan. Manusia bersifat boleh berubah asalkan ada kemahuan dan usaha. Usah hadkan diri anda sehingga anda yakin anda tidak mampu membuat perubahan atau menjadi lebih baik. Selagi anda hidup, ia adalah ruang untuk anda belajar dan memperbaiki diri menjadi manusia yang lebih baik. Yakinkan mereka yang anda mempunyai ciri-ciri itu.

4. Kelemahan Bersifat Apa Yang Dialami Oleh Semua Manusia.

Kelemahan anda mungkin adalah kelemahan yang ada dalam diri setiap manusia. Kurang sabar, sebagai contoh, hanyalah menunjukkan yang anda adalah seorang manusia. Anda mungkin kurang sabar kerana anda mahukan orang lain membuat sebaik yang anda lakukan tapi anda juga memahami akan kemampuan manusia dari segi pendidikan dan kemahiran adalah berbeza dengan setiap orang. Maka itu membuatkan anda lebih bertimbangrasa dan belajar untuk menghadapi hal itu dengan lebih kreatif.

5. Berfkiran Kritis dan Jujur

Berfikirlah secara kritis dan jujur dengan diri sendiri. Jika tidak, apa yang muncul dari mulut anda akan menjadi kepura-puraan dan jangan memandang rendah terhadap kemampuan orang lain untuk mengesan kepura-puraan itu. Oleh itu, apabila anda diajukan soalan, fikir denga kritis dan jawab dengan hati yang tulus ikhlas. Jika anda bercakap dari hati, apa yang lahir tidak nampak seperti anda telah menyebutnya berulang-kali di hadapan cermin. Apa yang mereka dengar hanyalah kesedaran diri anda terhadap diri anda sendiri.
Powered by Blogger.