Ads Top

Panduan Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41


Tahniah! Kerana anda dipanggil untuk Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41.

Pegawai Teknologi Maklumat F41 adalah jawatan yang dipertanggungjawapkan untuk mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan sesebuah Jabatan.

Secara umumnya, pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai kelayakan dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Syarat-syarat kelayakan permohonan jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41 adalah:
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,146.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM2,353.44 ] atau
  • Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM2,664.78 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,976.11 ] dan
  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41 telah diumumkan oleh SPA akan diadakan pada 15 April 2016. Berdasarkan maklumat terkini daripada pihak SPA, peperiksaan online akan diadakan pada jam 8 malam hingga 10.25 minit malam.

Daripada maklumat yang diperolehi, format exam 15 April ini sedikit berbeza dengan exam sebelum ini.

Para pemohon akan diuji dengan 3 Seksyen;

Seksyen A: Psikometrik
>> 30 minit

Buat pertama kalinya, soalan berkaitan psikometrik ada ditanyakan di dalam online exam  Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41. Dalam seksyen ini pemohon perlu menjawab lebih kurang 200 soalan dalam masa 30 minit. Dalam tempoh masa tersebut pemohon perlu memerah otak untuk menjawab soalan yang menguji diri dan juga minda anda. Ia sangat “tricky”, ramai calon gagal disebabkan gagal mengenalpasti kemahuan dan keperluan yang diperlukan kerajaan dalam seksyen ini. Masa menjawap yang singkat menyukarkan lagi pemohon untuk mengenalpasti perangkap di dalam soalan-soalan di bahagian ini.


Seksyen B: Pengetahuan Am

>> 40 minit

Dalam seksyen ini, terdapat 50 soalan aneka pilihan yang akan ditanya merangkumi topik ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Anda diberi masa untuk menjawab dalam masa 40 minit. Antara maklumat yang perlu anda tahu sebagai persediaan untuk menjawab soalan dalam seksyen ini ialah program-program yang dijalankan oleh kerajaan pada masa sekarang seperti GTP, ETP dan pelbagai program transformasi yang telah dilaksanakan.


Seksyen C: Daya Menyelesaikan Masalah

>> 45 minit

Terdapat 40 soalan yang perlu dijawab dalam seksyen ini dalam tempoh masa masa 45 minit. Anda akan diuji dengan soalan kemahiran logik, menterjemah data dan kemahiran matematik serta IT. Jadi perlu ingat kembali kemahiran dan pengetahuan IT anda kerana anda bakal menjadi bakal seorang pegawai IT yang akan menjaga infrastruktur IT negara.
Semua ini disusun untuk menapis mereka yang benar-benar layak sahaja.

Bahasa kasarnya adalah, seksyen ini disusun untuk MENYINGKIRKAN anda.

Kenapa ada Seksyen Psikometrik dalam exam Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41?

Dalam seksyen ini, anda diberikan lebih kurang 200 soalan untuk dijawab dalam masa 30 minit.

Ertinya anda hanya ada 9 saat sahaja untuk jawab 1 soalan.

Mengikut feedback yang kami terima, kebanyakan calon tak cukup masa dan akan berakhir
dengan...

... HENTAM / TEMBAK

Ya lah, takkan nak tinggal kosong.

Masa dah tak cukup, hentam je lah kan? Itu yang kita buat zaman-zaman sekolah dulu kan?

------------------
Di mana anda di'bunuh'?
------------------

Kunci kegagalan calon adalah apabila jawapan yang diberikan
TIDAK KONSISTEN

Soalan yang sepatutnya mempunyai jawapan yang sama diselerakkan

CONTOH:

[SOALAN NO 1]
Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.

[SOALAN NO 43]
Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan.

[SOALAN NO 98]
Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.

[SOALAN NO 157]
Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.

[SOALAN NO 185]
Saya tidak suka pandangan saya ditolak.

Semua 5 soalan di atas mempunyai jawapan yang sama. Tapi jika masa telah tamat ketika anda baru saja jawab 100 soalan, apa yang anda akan buat?

Calon akan pilih untuk 'tembak'. Bila 'tembak', kebarangkalian untuk semua 5 soalan itu mempunyai jawapan yang berlainan kan?

BAMMM! Anda dah masuk jerat! Selamat tinggal. Sayonara bebeh ~

---------

Itu Seksyen A. Bagaimana pula jerat di Seksyen B?

Dalam Seksyan B, apa yang calon nampak hanyalah 1 seksyen. Tetapi
sebenarnya dalam seksyen ini ada 7 pecahan soalan.

Adoi.. Tahu tak?

---------

Sebenarnya semua mekanisma menggagalkan calon ini bagus. Ianya akan menapis calon Pegawai yang bagus sahaja untuk kerajaan.

Jadi hanya yang terbaik berkhidmat dalam kerajaan.

Tetapi sayang juga sebab ada calon yang bagus seperti anda gagal, hanya sebab tak tahu  jerat-jerat tersembunyi ini.

Sayangkan? Calon hebat, layak tapi kecundang di exam online.


Guna rujukan ini untuk bantu persediaan anda.

87 Nota Ringkas untuk persediaan pantas anda. Tak cukup masa dah, exam tinggal berapa hari sahaja.
Lebih 270 contoh soalan dan jawapan. Anda akan nampak jelas bagaimana soalan ditanya dan pastinya memantapkan persediaan anda

Tapi jika anda ada banyak masa dan mahu tunggu mungkin 2 tahun lagi untuk re-exam, jangan beli rujukan ini. Biar ianya untuk mereka yang nak jimat masa sahaja.

Salam sukses!


Powered by Blogger.