Ads Top

Panduan Hadir Temuduga Daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah sebuah suruhanjaya yang bertanggungjawab untuk melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, kemasukan dalam jawatan berpencen, kenaikan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib terhadap semua yang bertugas sebagai penjawat awam. 


SPA sebenarnya telah ditubuhkan sejak 31 Ogos 1957, sama seperti hari kemerdekaan kita. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- "Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."



Dalam proses melantik penjawat awam, salah satu proses yang perlu dilalui adalah dengan menghadiri temuduga kerja. Pihak Suruhanjaya Perkhimatan Awam sendiri ada mengeluarkan panduan dan persiapan untuk hadir temuduga. Secara asasnya, setiap individu yang akan ditemuduga dikehendaki untuk menyediakan dan membawa semasa temuduga SALINAN dan DOKUMEN ASAL bagi dokumen-dokumen berikut:

  • Kad Pengenalan;
  • Sijil Kelahiran;
  • Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika berkenaan);
  • Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V);
  • Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
  • Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir daripada pusat-pusat pengajian;
  • Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan (jika berkenaan);
  • Sijil-sijil lain yang ada kaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
  • Sijil kegiatan luar (Asal Sahaja);
  • Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerimaan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan); dan
  • Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi, Laporan Pengisytiharan Harta, Surat Pengesahan Ketua Jabatan (bagi calon memohon melalui Internet) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.

Anda juga dikehendaki untuk menyediakan satu resume yang ringkas dan padat. Selain itu, anda juga perlu ikuti kod etika permakaian semasa temuduga. Bagi membantu anda memahami kod etika pemakaian semasa temuduga, anda boleh baca artikel berikut:



Powered by Blogger.