Ads Top

Kerja Tukang Cuci Gaji RM3500?


Mencari pekerjaan bukanlah suatu perkara yang mudah. Tetapi jangan pula mudah mengalah jika anda sukar untuk mendapatkan pekerjaan di  syarikat tempatan ataupun dalam kerajaan. Ini adalah kerana anda masih ada 'lubang' lain yang boleh dicuba untuk mendapatkan pekerjaan yang halal. 

Pernah tak anda bayangkan kerja sebagai pencuci tetapi mempunyai gaji seperti lepasan ijazah? Cuba lihat senarai di bawah. 


Gambar di atas contoh pekerjaan sebagai seorang pencuci tetapi mempunyai gaji RM4500 sebulan! (SGD1500/sebulan). Lubang kerja yang saya maksudkan adalah dengan bekerja di Singapura. Untuk pengetahuan anda, tukaran mata wang Malaysia dan Singapura ketika artikel ini ditulis adalah setiap 1 Singapura Dolar bersamaan dengan RM3.17. 

Ramai yang masih belum mengambil peluang untuk cuba bekerja di Singapura. Jika anda masih mencari pekerjaan anda boleh mencuba untuk mendapatkan kerja di Singapura. 

Walau bagaimanapun, bukan semua orang sesuai untuk bekerja di Singapura. Kriteria pekerja yang sesuai untuk bekerja di Singapura. 

  1. TIDAK MANJA. Jika anda seorang yang manja dan tidak tahu berdikari. Sentiasa mengharapkan orang lain melakukkan semua perkara untuk anda. Anda tidak di galakkan untuk bekerja di Singapura.
  2. SABAR & TAHAN TEKANAN. Bekerja di Singapura memerlukan tahap kesabaran yang sedikit tinggi. Jika anda seorang yang tidak penyabar, tidak tahan dengan tekanan, panas baran dan mudah melenting. Bekerja di Singapura tidak sesuai untuk anda.
  3. MENEPATI WAKTU. Suka datang lambat dan suka buat perangai "janji melayu"? Anda tidak layak untuk bekerja di Singapura.
  4. TIDAK BLACKLISTED. Jika anda termasuk dalam senarai hitam akibat hutang PTPTN atau hutang-hutang lain, serta termasuk dalam senarai individu yang tidak dibenarkan ke luar negara.
Nanti dulu.

Jangan tergesa-gesa untuk mencari ejen dan lubang yang salah untuk mendapatkan peluang bekerja di Singapura. Ini adalah kerana jika anda melalui jalan yang salah, ia bukan sahaja boleh menyusahkan anda tetapi juga akan membahayakan diri anda! 

Oleh itu, anda perlukan ilmu yang betul dalam mencari pekerjaan di Singapura.

Ini adalah antara soalan lazim yang bermain difikiran apabila kita bercerita tentang bekerja di Singapura.

Saya belajar tak tinggi boleh ke?

Boleh. Tak ade PMR dan UPSR pun tak ape. Ade macam – macam kerja boleh dipilih.

Tak pandai cakap Omputih boleh ke?

Boleh, tak ada masalah. Tetapi dalam masa sama jika dan bekerja di Singapura boleh la belajar sikit-sikit cakap bahasa Inggeris 😊

Macam mana nak buat paspot?

Kini kita boleh miliki Passport Antarabangsa 5 tahun dengan harga RM200. Anda hanya perlu pergi ke mana – mana Kaunter Imigresen dan bawa duit lebih kurang RM200. Siap dalam masa 2 jam.

Berapa ringgit untuk buat Levy / Permit?

Bayarannya lebih kurang dari SGD 250 hingga SGD 750 sebulan. Bergantung kepada taraf akademik / skill pekerja dan bidang pekerjaan yang diceburi. Jangan bimbang, bukan pekerja yang bayar. Majikan yang bayar levy/work permit ni.

Adakah gaji akan ditolak untuk bayar Levy?

Tak. Jika dalam iklan atau agreement tu majikan nak bagi gaji SGD 1300 sebulan, maksudnya bulat – bulat korang akan dapat SGD 1300 tu.


Kos hidup di Singapura mahal kan?

Jawapannya jangan hidup di Singapura. Buat ape nak tinggal di Singapura. Orang Singapura pun ada yang tinggal di Johor Bharu. Untuk lebih jimat, duduk di Johor Bahru. Boleh sewa bilik atau sebijik rumah.

Kos nak ke Singapura untuk bekerja macam mana?

Kos pengangkutan memang dah agak tinggi jika nak kenderaan sendiri walaupun motosikal. Tetapi ada alternatif lain seperti bas yang mempunyai kadar tambang yang lebih murah berbanding jika menaiki kenderaan sendiri. Tapi kena bangun awal pergi kerja la 😉

Berapa gaji paling murah di Singapura?

Soalan yang paling kerap ditanya. Gaji asas paling ‘busuk’ untuk kerja unskilled (tidak mahir) lebih kurang SGD 1000. Kerja unskilled ni macam tukang cuci dan hotel tak perlu ada sijil SPM. Kalau tukar RM boleh dapat lebih atau kurang RM 3000 (terpulang pada rate semasa). Kalau ada allowance dan overtime tentu dapat lebih.

Gaji pekerja operator kilang yang menggunakan SPM adalah lebih tinggi dari tu. Susah nak tentukan minimum sebab ia bergantung kepada majikan tu. Banyak benefit yang company bagi maka sikitlah basic gajinya. Biasanya kalau tempat kerja tu jauh dari Woodlands Checkpoints maka gajinya lebih tinggi berbanding tempat kerja yang lebih dekat dengan Woodlands Checkpoints.

Bagaimana dengan gaji technician, bank officer, admin dll ? Sudah tentu lebih tinggi.

Kerja di Singapura ada kuota ke?

Pemerintah Singapura ada buat sistem kuota. Setiap syarikat ada kuota untuk pekerja warga Singapura dan pekerja asing. Jika tempat yang anda nak kerja tu kuota dah penuh, anda perlu cari kerja di tempat lain.

Boleh percaya ke agensi pekerjaan?

Kalau nak ikut agensi pekerjaan, silakan. Tapi ingat baca dan fahamkan dulu isi – isi dalam agreementnya dulu sebelum sign. Memang ramai yang mencari agensi, maklumlah agensi boleh tolong buat passport, sediakan tempat tinggal, bagi pinjam duit makan dan sebagainya. Biasanya agensi macam ni akan caj sebulan gaji dan semua bayaran tu diambil dari gaji setiap bulan. Potong sikit – sikit.

Boleh tak saya cari kerja sendiri tanpa bergantung kepada agensi?

Boleh. Inilah cara yang terbaik. Saya selalu syorkan sesiapa sahaja yang menghubungi saya agar berdirilah di kaki sendiri. Anda boleh mencari dan memilih kerja yang anda suka tanpa dipaksa dan tanpa diikat.

Ini adalah sebahagian tips-tips untuk mencari dan bekerja di Singapura. Semua ini dan banyak lagi ada dikongsikan dalam ebook panduan Kerja di Singapura. Ia adalah sebuah buku lengkap sebagai panduan untuk anda yang nak mencari rezeki di Singapura.

Klik Untuk Dapatkan Panduan Ini.

Powered by Blogger.