15 Kelebihan Kerja Kerajaan Yang Anda Perlu Tahu
Kerja kerajaan adalah antara pekerjaan yang dipandang tinggi. Bukan hanya kerana gajinya yang tinggi, tetapi juga kerana kelebihan-kelebihan kerja kerajaan itu sendiri. Jika dahulu orang ramai menganggap menjadi penjawat awam adalah satu pekerjaan yang kurang popular, kini dengan peningkatan gaji yang setara dengan sektor awam, kerja kerajaan menjadi antara kerjaya idaman graduan baru dan setiap orang yang ingin berkerjaya.
Tetapi ada juga sebahagian penjawat awam itu sendiri yang
kurang peka dengan kelebihan bekerja di sector awam. Oleh itu, artikel kali ini
akan memberikan penerangan berkenaan kelebihan-kelebihan yang diperolehi
apabila bekerja sebagai penjawat awam.
Selain itu, jika anda sedang berusaha untuk menjadi penjawat awam, anda perlu tahu 15 kelebihan yang akan anda perolehi sekiranya anda berjaya bergelar penjawat awam.
Selain itu, jika anda sedang berusaha untuk menjadi penjawat awam, anda perlu tahu 15 kelebihan yang akan anda perolehi sekiranya anda berjaya bergelar penjawat awam.
Berikut adalah 15 kelebihan kerja kerajaan yang akan diperolehi oleh mereka yang bergelar penjawat awam:
1. Elaun
Terdapat pelbagai elaun diberikan kepada penjawat awam untuk
memudahkan dan juga memberikan kelebihan sebagai kakitangan kerajaan. Antara
elaun yang diberikan kepada kakitangan kerajaan adalah Elaun Rumah dan Elaun
Sara Hidup (COLA – Cost of Living Allowance). Terdapat juga elaun khas seperti
Elaun Kritikal untuk jawatan-jawatan tertentu.
2. Cuti
Satu lagi kelebihan kerja kerajaan adalah cuti yang agak
banyak jika dibandingkan dengan sector swasta. Bagi pekerja am, cuti diberikan
sebanyak 14 hari manakala untuk golongan professional, cuti sebanyak 25 hari
diberikan. Ini tidak termasuk cuti sakit dan juga cuti bersalin yang boleh
digunakan sehingga 3 bulan.
3. Pencen
Semasa anda mula mendapat pekerjaan sebagai kakitangan
kerajaan, anda akan diberikan pilihan untuk mencarum skim Kumpulan Wang
SImpanan Pekerja (KWSP) atau Skim Pencen. Rata-rata ramai yang kerja kerajaan
akan memilih untuk mendaftars dengan Skim PEncen kerana faedah skim pencen itu
sendiri. Dengan skim Pencen, pesara akan tetap mendapat sebahagian gaji bulanan
walaupun telah bersara. Inilah yang dikatakan duit pencen.
4. Gaji
Jika dahulu tarikan utama sektor swasta adalah dari segi
gaji permulaan yang tinggi, kini dengan perkembangan ekonomi negara, gaji permulaan penjawat awam juga telah meningkat setara dengan sektor swasta.
Situasi ini menyebabkan ramai yang mula memilih kerja kerjaan kerana gaji dan
juga kelebihan-kelebihan lain apabila bekerja sebagai kaitangan kerajaan.
Selain daripada itu, semua penjawat awam mempunyai kadar
kenaikan gaji tahunan yang akan diperolehi setiap tahun.
5. Kesihatan
Dari aspek kesihatan, kakitangan kerjaan tidak perlu bimbang
dari segi kos perubatan sekiranya mendapatkan rawatan di hospital-hopital
kerajaan. Fasiliti hospital kerajaan juga telah setara dengan fasiliti hospital
swasta malah kebanyakan kes yang memerlukan pakar di hospita swasta akan di rujuk
ke hospital kerajaan.
6. Selamat
Ramai yang menganggap bahawa apabila diterima untuk bekerja
sebagai pejawat awam, status mereka sebagai pekerja adalah selamat. Dengan erti
kata lain, mereka tidak mudah untuk dibuang kerja. Fakta ini dahulunya ada
benarnya, kini kerajaan telah mewujudkan ‘exit polisi’ untuk kes-kes tertentu
yang juga boleh menyebabkan penjawat awam dibuang kerja.
7. Pinjaman Kerajaan
Satu lagi kelebihan kerja kerajaan adalah setiap penjawat
awam boleh membuat pinjaman daripada kerajaan untuk pembelian rumah, tanah
mahupun perkara-perkara lain. Kelayakan pinjaman adalah berdasarkan gaji
penjawat awam tersebut. Ramai yang
memilih menggunakan pinjaman kerajaan kerana kadar bayaran bunga yang lebih
rendah berbanding pinjaman bank konvensional.
8. Pendidikan
Setiap kementerian dalam kerajaan ada menawarkan pebagai
bentuk tajaan bagi mereka yang berminat dan layak untuk melanjutkan pelajar
sama ada di dalam atau di luar negara. Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pegawai tersebut yang seterusnya akan meningkatkan prestasi kementerian dan kerajaan umumnya.
9. Bonus
Setiap tahun kerajaan pasti akan memberikan imbuhan tambahan
kepada penjawat awam. Ini adalah sebagai tanda penghargaan ke atas perkhidmatan
yang diberikan kepada rakyat Malaysia.
Jika anda bertugas diluar daerah melebihi 8 jam, anda layak untuk membuat tuntutan elaun harian. Tetapi jika anda bekerja diluar daerah dan bermalam, anda layak untuk membuat tuntutan elaun makan. Semua ini ada tercatat di dalam perkeliling kewangan.
10. Rate Kerajaan
Jika anda merupakan penjawat awam yang kerap bertugas di luar pejabat, anda mungkin perlu kerap tidur di hotel. Tetapi anda tidak perlu terlalu risau kerana untuk penjawat awam, biasanya hotel ada menyediakan diskaun khas untuk penjawat awam.11. Duduk Hotel Percuma
Jika anda perlu menyewa hotel kerana tugas, anda juga boleh membuat tuntutan sewa hotel dengan jabatan anda. Setiap gred pegawai pekerja mempunyai kelayakan yang tersendiri sepertimana perkeliling kewangan yang dikeluarkan.12. Tuntutan Perjalanan
Setiap jabatan biasanya mempunyai kenderaan jabatan. Jika terdapat situasi yang memerlukan anda memandu kenderaan sendiri (dengan kebenaran ketua jabatan), anda boleh membuat tuntutan perjalanan mengikut jarak yang akan dilalui.
13. Tuntutan Elaun Makan atau Harian
Jika anda bertugas diluar daerah melebihi 8 jam, anda layak untuk membuat tuntutan elaun harian. Tetapi jika anda bekerja diluar daerah dan bermalam, anda layak untuk membuat tuntutan elaun makan. Semua ini ada tercatat di dalam perkeliling kewangan.14. Naik Pangkat
Kenaikan pangkat dalam institusi kerajaan lebih mudah berbanding dengan swasta. Kenaikan pangkat dalam institusi kerajaan kebanyakannya bergantung kepada seniority dan pengalaman.15. Manfaat Kepada Keluarga Terdekat
Kelebihan kerja kerajaan yang terakhir adalah dari segi manfaat kepada keluarga terdekat seperti ibu, ayah, isteri dan anak-anak. Sekiranya keluarga terdekat seperti ibu, ayah, isteri atau anak-anak menghadapi masalah kesihatan, penjawat awam tersebut hanya perlu menggunakan surat GL (Guarantee Letter) sebagai tukaran untuk pembayaran segala kos rawatan termasuk pembedahan. Jika bekerja di swasta, anda perlu membuat caruman takaful atau insuran setiap bulan untuk menikmati kelebihan tersebut.
Itulah 15 kelebihan kerja kerajaan yang menyebabkan ramai
orang berpusu-pusu untuk bekerja di sektor awam. Walau bagaimanapun, apa yang
penting adalah setiap pekerjaan yang digalas hendaklah dilaksanakan dengan
penuh bertanggungjawab dan berintergriti.